Faedah Ahli
Bantuan kewangan Khairat untuk keluarga tercinta
Wang Bantuan Khairat
Wang bantuan Khairat akan dikeluarkan apabila berlaku kematian seperti di bawah ini. Semua tuntutan hendaklah disertakan dengan dokumen sokongan dan disahkan oleh pihak pengurusan SKK sebelum bantuan dikeluarkan kepada waris yang sah.
1
Atas kematian ahli
RM 1,500.00
(Ringgit Malaysia satu ribu lima ratus sahaja)
2
Atas kematian isteri / suami ahli
RM 1,500.00
(Ringgit Malaysia satu ribu lima ratus sahaja)
3
Atas kematian ibu / bapa / mertua ahli
Yang ditanggung dan tinggal bersama ahliRM 600.00
(Ringgit Malaysia enam ratus sahaja)
4
Atas kematian anak ahli
Syarat kelayakanRM 300.00
(Ringgit Malaysia tiga ratus sahaja)
- Anak lelaki / perempuan berumur 21 tahun ke bawah
- Belum bekerja atau
- Anak perempuan yang belum berkahwin atau
- Anak OKU tanpa had umur
Syarat Tuntutan
- Ahli berdaftar & caruman tahunan disahkan
- Keahlian aktif pada tarikh kematian
- Waris mesti berdaftar dalam sistem
- Tuntutan dibuat dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian
- Dokumen sokongan lengkap & sah
Dokumen Diperlukan
- Sijil kematian (salinan asal)
- Kad pengenalan si mati
- Kad pengenalan pemohon / waris
- Surat pengesahan hubungan waris
- Surat pengesahan dari ketua kampung / JPN (jika berkaitan)
Ada pertanyaan tentang tuntutan?
Hubungi kami untuk bantuan proses tuntutan atau maklumat lanjut.